Kerjaya pasca-perang Dr._Seuss

Selepas perang dunia tersebut tamat, Geisel dan isterinya berpindah ke La Jolla, California di mana beliau kembali menulis buku kanak-kanak.

Pada bulan Mei 1954, Life menerbitkan sebuah laporan mengenai kebutahurufan dalam kalangan pelajar sekolah di mana ia menyimpulkan bahawa ia disebabkan kandungan buku mereka yang tidak menarik dan membosankan. Pengarah bahagian pendidikan syairkat penerbit buku teks Houghton Mifflin, William Ellsworth Spaulding, mengumpul senarai sebanyak 348 patah perkataan yang dianggap penting dalam tahap pendidikan pelajar gred satu. Beliau kemudiannya meminta Geisel mengurangkan buku tersebut kepada 250 patah perkataan serta menukis sebuah buku berdasarkan senarai tersebut.[17][18] The Cat in the Hat, karya pertamanya yang menggunakan kaedah ini dengan sebanyak 236 patah kata diterbitkan 9 bulan kemudian dan menjadi antara karya terlaris Geisel.

Theodor menerima Pingat Laura Ingalls Wilder daripada Association for Library Service to Children pada tahun 1980, atas pengiktirafan beliau terhadap "sumbangan yang penting dan berpanjangan kepada sastera anak-anak".[19] Beliau juga menerima sebuah Hadiah Pulitzer Khas pada tahun 1984 untuk "sumbangan lebih setengah abad kepada pendidikan dan keseronokan yang dialami anak-anak dan ibubapa se-Amerika Syarikat"..[20]